Kolej Antarabangsa Mighty Skills (KAMS) telah diberi kesempatan oleh Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) untuk mengadakan perjumpaan dengan wakil Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (FTMK) di campus UTeM, Melaka pada 18 Ogos 2023. Lawatan Team Mighty Skills disambut mesra oleh Dr. Nur Zareen Zulkarnain, Ketua Bahagian (Pembangunan Sumber Pembelajaran Terbuka). KAMS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Nur Zareen khasnya dan pihak UTeM amnya, atas layanan professional dan mesra yang telah diberikan. Deligasi dari KAMS juga disertai oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Tn. Mejar (B) Ramlan bin Salim, menguatkan lagi Team Mighty Skills dalam inisiatif ini.
Perjumpaan ini adalah salah satu usaha KAMS untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti yang juga memenuhi keperluan industri terkini lebih – lebih lagi di dalam sektor Internet of Things (IoT). Dalam perbincangan ini, antara agenda yang telah diajukan oleh KAMS adalah pengenalan kepada KAMS selaku Penyedia TVET Swasta, peluang KAMS dalam menubuhkan program akademik sulungnya dalam bidang Information Technology and Communication (ICT) dan lain – lain peluang kolaborasi antara KAMS dan UTeM.
Terima kasih sekali lagi atas saranan dan nasihat yang telah diberikan oleh Dr. Nur Zareen, terutamanya dalam perkara keperluan untuk menubuhkan program diploma akademik dan pengenalan kepada platform pembelajaran atas talian dari UTeM: “UCREDS” yang telah membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk kerjasama dalam pembangunan pembelajaran kepada masyarakat.
Semoga segala niat dan hasrat murni kami di KAMS akan membuahkan hasil melalui kerjasama dengan UTeM dan hubungan KAMS-UTeM akan berterusan dan dipermudah demi pencapaian dan kecemerlangan kedua-dua belah pihak selaku institusi pendidikan teknikal di Malaysia.